Berkenan terima watikah pelantikan

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima surat-surat tauliah pelantikan daripada ketua-ketua perwakilan yang baru ke Negara Brunei Darussalam, di Istana Nurul Iman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima surat tauliah pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Richard Stephen Lindsay dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Motohiko Kato serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Peter Hermann Wolff.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan baru ini.

Richard Stephen Lindsay sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Dasar Keselamatan di Pejabat Luar Negara dan Komanwel manakala Motohiko Kato pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Jepun di United Kingdom dan Peter Hermann Wolff pula sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Republik Persekutuan Jerman di Paraguay.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Motohiko Kato.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Motohiko Kato.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Richard Stephen Lindsay.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Richard Stephen Lindsay.
Baginda Sultan berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman, Peter Hermann Wolff.
Baginda Sultan berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman, Peter Hermann Wolff.