Berkenan terima watikah pelantikan

Berkenan terima watikah pelantikan

Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima surat-surat tauliah pelantikan 13 orang ketua perwakilan luar negeri yang baru dilantik ke negara ini yang tidak menetap, pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Ketua-ketua perwakilan berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jordan, Tuan Yang Terutama Walid Al Hadid; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Bulgaria, Tuan Yang Terutama Sergey Michev; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Ireland, Tuan Yang Terutama Geoffrey Keating; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Brazil, Tuan Yang Terutama Carlos Ricardo Martins Ceglia; Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Tuan Yang Terutama Dr. John Anton Subritzky; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kazakhstan, Tuan Yang Terutama Daniyar Sarekenov; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Poland, Tuan Yang Terutama Marcin Kubiak; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Algeria, Tuan Yang Terutama Aziria Abdelkader; Duta Besar dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah, Tuan Yang Terutama Vincent Guerend; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Colombia, Tuan Yang Terutama Victor Hugo Echeverri Jaramillo; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Niger, Tuan Yang Terutama Dr. Oumarou Amadou Sonrhai; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Mongolia, Tuan Yang Terutama Tumur Lkhagvadorj; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Mali, Tuan Yang Terutama Niankoro Yeah Samaké.

pg01_151113_a

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Niger, TYT Dr. Oumarou Amadou Sonrhai.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Niger, TYT Dr. Oumarou Amadou Sonrhai.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Bulgaria, TYT Sergey Michev.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Bulgaria, TYT Sergey Michev.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Poland, TYT Marcin Kubiak.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Poland, TYT Marcin Kubiak.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra dengan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Brazil, TYT Carlos Ricardo Martins Ceglia.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra dengan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Brazil, TYT Carlos Ricardo Martins Ceglia.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra dengan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Mongolia, TYT Tumur Lkhagvadorj.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra dengan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Mongolia, TYT Tumur Lkhagvadorj.
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai dengan ketua perwakilan luar negeri yang baru dilantik.
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai dengan ketua perwakilan luar negeri yang baru dilantik.

Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap seorang Pesuruhjaya Tinggi dan 12 orang duta besar istimewa dan mutlak yang baru dilantik berkenaan.

Juga hadir di majlis mengadap tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dato Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.

ARTIKEL YANG SAMA