Berkenan Tinjau Lapangan Terbang

Berkenan Tinjau Lapangan Terbang

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Muiz Matdani dan Sim Y.H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa mengambil perhatian terhadap kesejahteraan, keselesaan dan keperluan masyarakat khususnya bagi memastikan kemudahan awam yang disediakan memenuhi keperluan para pengguna dan pada masa yang sama menepati standard yang telah ditetapkan dari segi kesejahteraan, keselamatan dan sekuriti.

Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bukan sahaja dihasratkan untuk menjadi mercu tanda bagi Negara Brunei Darussalam di mana pelancong dari luar negara akan dapat mengenali budaya dan keunikan negara apabila mereka melangkah ke dalam lapangan terbang itu nanti, tetapi ia juga dihasratkan menjadi sebagai pintu masuk menuju ke dalam suasana keunikan Brunei, perkhidmatan yang efisien serta kemudahan-kemudahan terkini bagi memenuhi segala keperluan mereka.

Sehubungan itu, Baginda Sultan, hari ini, berkenan me-ngadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Keberangkatan Baginda Sultan dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat ke kokpit pesawat dengan Kapten Sharifah Czarena Surainy.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat ke kokpit pesawat dengan Kapten Sharifah Czarena Surainy.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai bersama tiga orang juruterbang wanita pertama Negara Brunei Darussalam, Kapten Sharifah Czarena Surainy, Pegawai Pertama Kanan Dayangku Nadiah dan Pegawai Pertama Kanan Dayang Sariana serta warga RB lain.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai bersama tiga orang juruterbang wanita pertama Negara Brunei Darussalam, Kapten Sharifah Czarena Surainy, Pegawai Pertama Kanan Dayangku Nadiah dan Pegawai Pertama Kanan Dayang Sariana serta warga RB lain.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai.

Baginda Sultan mula-mula dijunjung meninjau dan menaiki pesawat Boeing 787 Dreamliner dan seterusnya ke kokpit pesawat di mana Baginda disembah kenalkan kepada Kapten Sharifah Czarena Surainy binti Syed Hashim, Pegawai Pertama Kanan Dayangku Nadiah binti Pengiran Khashiem dan Pegawai Pertama Kanan Dayang Sariana binti Nordin, tiga orang juruterbang wanita pertama Negara Brunei Darussalam yang telah berjaya menerbangkan bersama pesawat Boeing 787 Dreamliner ke Jeddah, Arab Saudi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya berkenan mengendalikan pesawat Boeing berkenaan bersama Kapten Sharifah Czarena Surainy. Turut berada di kokpit pesawat ialah Kapten Saiful Bahrin bin Bahar, Ketua Juruterbang, Dayangku Nadiah dan Dayang Sariana.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia adalah sebagai dorongan dan pengiktirafan tinggi Baginda ke atas kejayaan yang telah dicapai oleh ketiga-tiga orang juruterbang wanita tempatan berkenaan. Ketika ini, juruterbang-juruterbang wa-nita berkenaan juga melaksanakan tugasan penerbangan dari Negara Brunei Darussalam ke London.

Sharifah Czarena Surainy, Dayangku Nadiah dan Dayang Sariana, menyatakan perasaan berbesar hati dan menjunjung kasih kehadapan majlis Baginda Sultan kerana berpeluang untuk berada di ruang penerba-ngan bersama Baginda semasa Baginda berkenan menaiki serta mengendalikan penerbangan pesawat Dreamliner.

“Kami bertiga bersama-sama yang lain dari RB, amat gembira dan rasa rendah diri untuk me-nerima penghormatan daripada Baginda Sultan di atas pengiktirafan Baginda berhubung kejayaan kami.”

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya dijunjung be-rangkat bagi membuat lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Penerbangan Diraja Brunei. Pusat berkenaan berperanan menguruskan dan menyelaras perlaksanaan jadual harian pe-nerbangan seperti yang dirancang. Baginda kemudiannya berkenan bergambar ramai bersama-sama dengan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bertugas di pusat kawalan itu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan meninjau perkembangan terkini mengenai kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei termasuklah ‘Bilik Asy Syuura’ di mana kursus Kesedaran Keselamatan Penerbangan sedang dijalankan.

ARTIKEL YANG SAMA