Berkenan tinjau Perkampungan Sukan Olimpik Rio

Berkenan tinjau Perkampungan Sukan Olimpik Rio

RIO DE JANEIRO, 5 Ogos – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) telah berkenan membuat kunjungan ke Perkampungan Sukan Olimpik Rio 2016 di Barra de Tijuca bagi majlis ramah mesra bersama para pegawai dan atlet kontinjen Negara Brunei Darussalam yang menyertai kejohanan sukan yang berprestij ini.

Dalam majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia telah berkenan mengurniakan sabda nasihat kepada atlet-atlet negara, disamping berkenan menyaksikan fasiliti-fasiliti yang terdapat di perkampungan sukan tersebut.

Semasa kunjungan itu, Duli Yang Teramat Mulia juga telah berkenan menandatangani ‘Olympic Message Board’ sebelum berangkat meninggalkan majlis bagi santap bersama kontinjen negara.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) ketika berkenan santap bersama para pegawai dan atlet yang menyertai Sukan Olimpik ke-31 di Rio de Janeiro, Brazil (Berita lanjut di Muka 22). – Gambar oleh Urusetia Kontinjen Negara Brunei Darussalam, Sukan Olimpik 2016

pg23_160806_olympic logo

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dijunjung oleh Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam, Dayang Ummi Kalthum binti Haji Abdul Karim. - Gambar oleh Urusetia Kontinjen Negara Brunei Darusslam, Sukan Olimpik 2016.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dijunjung oleh Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam, Dayang Ummi Kalthum binti Haji Abdul Karim. – Gambar oleh Urusetia Kontinjen Negara Brunei Darusslam, Sukan Olimpik 2016.

Pada temasya sukan kali ini, kontinjen negara akan menyertai dua acara sukan iaitu Olahraga dan Badminton terdiri daripada dua atlet Olahraga, Mohd. Fakhri bin Ismail dan Maizurah binti Abdul Rahim serta seorang atlet Badminton, Jasper Woon Chai Yu .

Kontinjen negara telah selamat tiba di Rio De Janeiro, Brazil pada 2 Ogos yang lalu.

ARTIKEL YANG SAMA