Berkenan utus tahniah kepada Presiden Republik Kesatuan Myanmar

Berkenan utus tahniah kepada Presiden Republik Kesatuan Myanmar

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama U Htin Kyaw atas pelantikannya.

Dalam titah perutusan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama atas lantikannya sebagai presiden baru Republik Kesatuan Myanmar dan seterusnya berharap semoga Tuan Yang Terutama akan mencapai kejayaan.

Baginda Sultan juga melahirkan harapan akan dapat bekerja bersama dengan Tuan Yang Terutama dalam mengukuhkan lagi persahabatan dan kerjasama di antara kedua-dua buah negara sama ada secara dua hala mahupun sebagai rakan dalam ASEAN.

Pada mengakhiri titah perutusan itu, Baginda menyampaikan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama.

ARTIKEL YANG SAMA