Berkenan ziarahi jenazah

Berkenan ziarahi jenazah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar Oleh Azrol Azmi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, telah berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarhamah Pengiran Anak Hajah Mastura binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam di kediamannya di Taman Alam Jangsak, Beribi.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah.

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta ahli kerabat diraja yang lain.

Baginda Sultan semasa berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarhamah Pengiran Anak Hajah Mastura di kediamannya di Taman Alam Jangsak, Beribi, kelmarin.
Baginda Sultan semasa berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarhamah Pengiran Anak Hajah Mastura di kediamannya di Taman Alam Jangsak, Beribi, kelmarin.
Baginda Sultan berserta ahli kerabat diraja yang lain berkenan menunaikan solat jenazah.
Baginda Sultan berserta ahli kerabat diraja yang lain berkenan menunaikan solat jenazah.
Baginda Raja Isteri bersama Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah serta paduka-paduka anakanda Baginda semasa menziarahi jenazah Allahyarhamah.
Baginda Raja Isteri bersama Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah serta paduka-paduka anakanda Baginda semasa menziarahi jenazah Allahyarhamah.

pg03_160728_c

DYTM Pengiran Perdana Wazir semasa berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarhamah.
DYTM Pengiran Perdana Wazir semasa berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarhamah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel turut berkenan menunaikan solat jenazah berjemaah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Allahyarhamah Pengiran Anak Hajah Mastura telah kembali ke rahmatullah pada jam 2.06 petang kelmarin (26 Julai 2016M/21 Syawal 1437H) di Singapore General Hospital pada usia 56 tahun.

Allahyarhamah merupakan adinda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan telah meninggalkan dua orang anak serta tiga orang cucu. Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Kubah Makam Diraja.

ARTIKEL YANG SAMA