Berkorban demi Higuain

Berkorban demi Higuain

MILAN, 19 Julai – Juara Itali Juventus bersedia untuk membayar sejumlah 94.7 juta euro (AS$105 juta) bagi klausa pelepasan dalam kontrak Gonzalo Higuain bersama Napoli bagi mengumpan bintang Argentina itu ke Turin, dakwa laporan semalam.

Higuain menyertai Napoli bagi 40 juta euro dari Real Madrid pada 2013 dan sejak itu menjadi salah seorang bintang menarik dan termahal dalam kelompok pasukan teratas Itali.

Pemain penyerang berusia 28 tahun itu menjaringkan 36 gol musim lalu untuk memecahkan rekod 35 gol yang sudah berusia 66 tahun, dicatatkan oleh Gunnar Nordahl bagi AC Milan dalam 20 pasukan, yang dicapainya pada 1950.

Sekarang bintang Argentina itu bersedia untuk mengecewakan penyokong Napoli dengan menyertai pesaing dari utara dalam satu persetujuan yang akan menyaksikan Juventus menawarkan beberapa pemain dan membayar jumlah besar bagi klausa pelepasan kepada Napoli untuk mendapatkan khidmat Higuain.

Menurut laporan yang tersebar dalam media Itali, Higuain secara peribadi bersetuju dengan perpindahan tersebut.

Juventus bersedia membayar 94.7 juta euro untuk klausa pelepasan kontrak Higuain bersama Napoli. – AFP
Juventus bersedia membayar 94.7 juta euro untuk klausa pelepasan kontrak Higuain bersama Napoli. – AFP

Perbincangan antara kedua-dua kelab dijangka dimulakan semalam dan walaupun dijangka diteruskan buat beberapa ketika, Juventus bersedia untuk menghentikan semua bidaan bagi mendapatkan Higuain.

La Gazzetta dello Sport berkata Juventus bersedia menawarkan pemain penyerang Simone Zaza dan pemain pertahanan Daniele Rugani sebagai sebahagian daripada persetujuan.

Jika Higuain menyertai Juventus, Napoli kemudian akan fokus untuk menggantikannya sama ada dengan Mauro Icardi (Inter Milan), Alvaro Morata (Real Madrid) atau Nikola Kalinic (Fiorentina), kata laporan.

Napoli mengekalkan sejak beberapa minggu kebelakangan bahawa Higuain bukan untuk dijual. Naib presiden kelab Edoardo De Laurentiis, anak lelaki kepada pemilik kelab Aurelio, juga memberitahu para peminat yang merasa bimbang Ahad lalu untuk ‘tidur dengan tenang’ apabila ditanya mengenai kemungkinan pelepasan Higuain. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA