Berkualiti & segar

Berkualiti & segar

Oleh Lyna Mohamad

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Bagi menandakan lembaran baru perniagaannya di Asia Tenggara, francais antarabangsa Wayback Burgers telah merasmikan cawangan pertamanya di Brunei di kawasan Setia Kenangan di Kiulap dalam majlis besar-besaran semalam.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Duta Besar dan Mutlak Amerika Syarikat (AS) ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Craig Allen dengan memotong reben bersama Pengarah Wayback Burgers AS, Mark Biccum; Pengerusi Wayback Burgers Brunei, Awang Juffrydin bin Haji Mohammad; dan pengasas dan Pengarah Urusan JonRidge (B) Sdn Bhd, John Burgos.

Dalam ucapan perasmiannya, TYT Craig Allen telah melahirkan rasa bangga dengan pembukaan cawangan Wayback Burgers di Brunei dan restoran antarabangsanya yang ketiga di dunia selepas Buenos Aires dan Riyadh.

Menurut beliau, Wayback Burgers telah mengalami pertumbuhan besar dalam tempoh 25 tahun kebelakangan.

“Burger merupakan makanan ikonik Amerika dan dinikmati di seluruh dunia dan begitu popular di Brunei seperti yang dibuktikan oleh kedai-kedai burger baru yang dibuka di negara ini setiap bulan.

TYT Craig Allen memotong reben bersama Mark Biccum, Awang Juffrydin dan John Burgos.
TYT Craig Allen memotong reben bersama Mark Biccum, Awang Juffrydin dan John Burgos.
TYT Craig Allen bersama jemputan lain ketika membuat tinjauan ke dapur Wayback Burgers.
TYT Craig Allen bersama jemputan lain ketika membuat tinjauan ke dapur Wayback Burgers.

“Terdapat lebih 10 francais makanan dan minuman AS pada masa ini beroperasi di negara ini dengan dua lagi francais akan dibuka di Brunei tahun ini,” ujar beliau lagi.

Apabila sebuah francais Amerika membuka kedainya tahun ini, ia mewujudkan pekerjaan dan peluang bagi orang Brunei dan juga orang AS.

Beliau seterusnya menyatakan, Kedutaan AS menyokong Wayback Burgers dan semua syarikat yang mengembangkan ekonomi dan hubungan kebudayaan antara AS dan Brunei.

Sebaik sahaja Perjanjian Perdagangan Perkongsian Rentas Pasifik (TPPA) diluluskan, lebih banyak peluang bagi syarikat-syarikat AS dan Brunei untuk mengeksport produk dan perkhidmatan ke pasaran antara satu sama lain. Sebelum ucapan perasmian, John Burgos yang telah membawa Wayback Burgers ke Brunei turut menyampaikan ucapan alu-aluan ringkas.

pg10_160523_c

Majlis juga menyaksikan perasmian logo francais burger yang menandakan bermulanya lembaran baru Wayback Burgers di Asia Tenggara sebelum majlis dirancakkan lagi dengan permainan untuk menghiburkan para jemputan.

Wayback Burgers telah menerima banyak respons yang memuaskan daripada orang ramai sebelum pembukaan besar-besaran, menurut jurucakap restoran itu, yang mencetuskan minat francais dari negara-negara jiran dengan konsep restoran kasual makanan segeranya.

Ramai memuji Wayback Burgers kerana kualiti dan saiz burger, yang berbaloi dengan harganya kerana penggunaan bahan-bahan berkualiti dan pati daging segar.

Jurucakap itu berkata, “Kami mengetahui budaya burger amat kuat di Brunei, kunjungan ke pasar malam boleh menemui banyak gerai burger, dan langkah kami seterusnya ialah mencari burger paling banyak jusnya di dunia.

“Pencarian itu telah membawa kami ke Amerika, bandar burger dunia dan apabila kami mencuba burger di Wayback, kami tahu kami telah menemuinya,” tambah beliau.

ARTIKEL YANG SAMA