Berlepas ke Kuala Lumpur sertai kejohanan 6th RSUC

Berlepas ke Kuala Lumpur sertai kejohanan 6th RSUC

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Persatuan Bolasepak Veteren Kebangsaan Brunei Darussalam (VFA), hari ini bertolak ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menyertai Kejohanan 6th RSUC (Royal Sungai Ujung Club) 7’s 2016 yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Menurut Timbalan Pengurus Persatuan Bola sepak Veteran, Awang Sarbini, VFA menghantar satu pasukan sahaja dalam kategori Master 50 tahun keatas yang terdiri daripada 16 orang pemain termasuk pegawai VFA yang diketuai oleh, Naib Presiden 1 VFA, Haji Metusdin bin Bagol.

6th RSCU 7’s International Tournament pada tahun ini merupakan kali pertama disertai oleh VFA selepas dinobatkan sebagai johan 1st SMFC di seremban, Negeri Sembilan, Malaysia tahun lalu.

Persatuan Bolasepak Veteren Kebangsaan Brunei Darussalam bergambar ramai sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.
Persatuan Bolasepak Veteren Kebangsaan Brunei Darussalam bergambar ramai sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.

Sebelum bertolak ke Malaysia, pasukan VFA telah melalui latihan dengan mengadakan perlawanan persahabatan sahaja disebabkan kesemua pemain masih aktif bermain dengan pasukan masing-masing dalam KBVK 2016.

Awang Sarbini dalam pada itu berharap pasukan tersebut akan beroleh kejayaan dengan berbekalkan pengalaman dan semangat yang tinggi untuk mencapainya.