Berlepas ke Tanah Suci

Berlepas ke Tanah Suci

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Seramai 196 orang bakal jemaah haji berlepas ke Tanah Suci hari ini mengikuti penerbangan pertama Penerbangan Diraja Brunei BI4201 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Diraja Brunei pada pukul 7.35 pagi tadi.

Daripada jumlah itu, seramai 147 penumpang, yang terdiri daripada 76 jemaah lelaki dan 71 orang jemaah perempuan, adalah jemaah yang mengikuti pakej haji Darussalam Holdings Sdn Bhd manakala 49 orang (24 lelaki dan 25 perempuan) adalah jemaah yang mengikuti pakej haji Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd.

Turut mengiringi para bakal jemaah pada penerbangan pertama itu ialah 11 pegawai, iaitu enam orang (dua lelaki dan empat perempuan) yang merupakan pegawai Maktab Hal Ehwal Perubatan, tiga pegawai dari Darussalam Holdings Sdn Bhd dan dua lagi adalah pegawai dari Syarikat Straits Central Agencies.

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada bakal-bakal jemaah haji negara.

Ahli keluarga mengucapkan selamat belayar kepada bakal haji yang berlepas pagi kelmarin. – Gambar oleh Dean Kassim
Ahli keluarga mengucapkan selamat belayar kepada bakal haji yang berlepas pagi kelmarin. – Gambar oleh Dean Kassim
Kelihatan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad mengucapkan selamat belayar kepada bakal-bakal jemaah haji negara. – Gambar-gambar oleh Dean Kassim.
Kelihatan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad mengucapkan selamat belayar kepada bakal-bakal jemaah haji negara. – Gambar-gambar oleh Dean Kassim.
Sebak ... detik-detik perpisahan sebelum memasuki Dewan Perlepasan.
Sebak … detik-detik perpisahan sebelum memasuki Dewan Perlepasan.

Among of the family members departing for the 1st Haj flight

Rombongan jemaah haji pertama sebelum menaiki pesawat.
Rombongan jemaah haji pertama sebelum menaiki pesawat.

Turut hadir Duta Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham bin Abdul Wahab bin Abdullah Zaraa, Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Darussalam Holdings, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohammad Yusof. Sebelum berlepas meninggalkan negara, bacaan doa selamat telah dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz, manakala azan dilaungkan oleh Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh.

Para bakal jemaah dijangka mendarat di Madinah kira-kira pada pukul 12.16 tengah hari waktu Madinah.

ARTIKEL YANG SAMA