Berlian merah jambu catat rekod jualan

Berlian merah jambu catat rekod jualan

GENEVA, 18 Mei (AFP) – Berlian merah jambu seberat 15.38 karat, yang terbesar dilelongkan, dijual dengan harga AS$31.56 juta, kata firma pelelongan Sotheby’s semalam.

Dua pembida telefon bergelut untuk mendapatkan batu permata berharga itu di depan kira-kira 150 orang yang menghadiri pelelongan yang diadakan di sebuah hotel mewah di Geneva.

“Ia adalah rekod dunia baru. Ia adalah harga tertinggi yang dibayar untuk berlian merah jambu,” kata pelelong David Bennett.

Beliau hanya menambah pembeli adalah individu dari Asia.

Sotheby’s telah menilai berlian berbentuk pir “luar biasa”, dipasang di atas cincin, berharga di antara AS$28-38 juta.

Berlian merah jambu yang telah dibeli dengan harga AS$31.56 juta itu. – AP
Berlian merah jambu yang telah dibeli dengan harga AS$31.56 juta itu. – AP

Ia ditemui kurang daripada lima tahun lalu di sebuah lombong di Afrika Selatan. Penjual adalah syarikat yang berpangkalan di New York Cora International.

Batu dengan nama “Unique Pink” itu disahkan sebentuk berlian merah jambu, yang paling dicari-cari sempena warna dalam berlian merah jambu, oleh Institut Gemologi Amerika.

Juga semalam Sotheby’s menjual sebentuk berlian biru seberat 7.32 karat dengan harga AS$17.1 juta.

Hari ini, pelelongan batu permata itu diteruskan di Geneva dalam apa yang dikatakan oleh Christie’s pelelongan berlian biru terbesar.

Berlian biru seberat 14.62 karat, dikenali sebagai “Oppenheimer Blue,” dianggarkan bernilai di antara AS$38-45 juta.

Batu permata itu milik Sir Philip Oppenheimer dari Britain, ketua dalam pasaran berlian dunia selama hampir 50 tahun di De Beers.

ARTIKEL YANG SAMA