Berlian terbesar dan unik

Berlian terbesar dan unik

5-tahunSWITZERLAND , 10 November 2011 – Ia adalah salah satu berlian yang paling dicari-cari di dunia dan amat luar biasa sehingga ia pernah dikatakan mustahil untuk dinilai.

Namun sekarang batu permata Cora Sun-Drop itu diramalkan dijual dengan harga 10 juta paun apabila ia dilelong pada bulan depan. Kira-kira sebesar ibu jari seorang wanita dan berat 110 karat, ia dipercayai berlian berbentuk pear kuning terbesar yang pernah wujud. Ia ditemui pada tahun 2010 di Afrika Selatan dan kini dimiliki oleh pengeluar berlian yang berpangkalan di New York Cora Internasional.

Para pembida berpeluang mendapatkan batu permata bernilai itu di jualan Magnifecent Jewels Sotheby yang diadakan pada 15 November di Geneva.

Ia telah diberikan harga sebelum jualan berjumlah 6.9 juta paun hingga 9.4 juta paun, tetapi orang ramai menjangka ia akan melebihi anggaran itu. Pengerusi Sotheby di Switzerland, David Bennett berkata bahawa batu itu bersaiz besar dan benar-benar menakjubkan.

“Ia juga salah satu berlian terbesar yang pernah muncul pada pelelongan.”

Dalam beberapa minggu ini, batu bernilai itu telah dipamerkan bersama barangan lain yang termasuk cincin berlian, gelang tangan dan kerongsang.

Sotheby Geneva mempunyai sejarah menjual berlian luar biasa.

Pada tahun 2010, berlian The Graff Pink, berlian berwarna merah jambu 25 karat dijual dengan harga AS$46 juta sekali gus mencatatkan rekod dunia baru untuk mana-mana batu permata yang dilelong.