Berlusconi keluar hospital selepas jalani pembedahan jantung

Berlusconi keluar hospital selepas jalani pembedahan jantung

ROM, 5 Julai – Bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi telah dibebaskan dari hospital hari ini tiga minggu selepas pembedahan jantung, kelihatan kurus dan lemah namun berikrar karier politiknya masih belum berakhir.

“Saya terpaksa menjalani dua bulan pemulihan dan kemudian saya akan mula berkhidmat semula bagi Itali dan rakyat Itali,” usahawan media berusia 79 tahun itu memberitahu khalayak ramai dan jurnalis di luar Hospital San Raffaele di Milan.

Bekas perdana menteri itu akan berehat di rumahnya di Arcore, berhampiran Milan di utara Itali, di bawah jagaan para doktor dari San Raffaele.

Pembedahan bulan lalu untuk menggantikan injap aorta itu berakhir selama empat jam. Nyawa Berlusconi dalam keadaan ‘bahaya dan dia mengetahuinya,” kata doktornya Alberto Zangrillo menjelang kemasukannya ke hospital. – AFP