Bernd Stiffling dilantik pengurus baru VW

Bernd Stiffling dilantik pengurus baru VW

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jun – Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan Volkswagen di Brunei Darussalam, hari ini, mengumumkan pelantikan baru Bernd Siffling selaku Pengurus Besar Volkswagen (VW) baru di negara ini.

Bernd Siffling yang berasal dari Jerman akan menyelia kesemua aspek operasi perniagaan Volkswagen di Negara Brunei Darussalam.

Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri automotif global, dengan memulakan kerjayanya pada tahun 1995 di syarikat kenderaan komersial Mercedes-Benz di Jerman.

Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman dalam operasi jualan di Scandinavia diikuti dengan pelbagai jawatan pengurusan untuk Mercedes-Benz di rantau Asia Pasifik.

Pengarah Urusan Maju Motors, Chan Key Hong menyatakan bahawa, kedatangan Bernd Siffling membawa banyak pengalaman bagi meningkatkan jenama Volkswagen di Pasaran Brunei.

Bernd Siffling dilantik selaku Pengurus Besar Baru Volkswagen, Maju Motors Sdn Bhd di negara ini.
Bernd Siffling dilantik selaku Pengurus Besar Baru Volkswagen, Maju Motors Sdn Bhd di negara ini.

Sementara itu, Bernd Siffling berkata, “Saya telah dapat melihat bahawa pembeli kereta di Brunei mengiktiraf kepentingan kereta-kereta berteknologi dan berkualiti tinggi, serta turut mementingkan aspek keselamatan.

“Kami akan memperluaskan lagi barisan produk di masa yang akan datang, memenuhi pelbagai permintaan pelanggan, sementara menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik bagi pemilik Volkswagen sedia ada di Brunei,” tambahnya.