Bernie tewaskan Hilary di Oregon

Bernie tewaskan Hilary di Oregon

WASHINGTON, 18 Mei (AFP) – Hillary Clinton mencatatkan kemenangan tipis di Kentucky semalam ketika dia berusaha untuk mengetepikan Bernie Sanders, tetapi pesaingnya bagi calon presiden Demokratik kembali bangkit untuk mencatatkan kemenangan di Oregon.

Dengan perebutan Kentucky begitu sengit bagi kebanyakan rangkaian –rangkaian AS untuk meletakkan kemenangan, pengisytiharan kemenangan Clinton adalah selepas setiausaha negeri Kentucky, Alison Lundergan Grimes mengumumkan dalam CNN bahawa Clinton adalah pemenang tidak rasmi di negerinya.

“Kita baru saja memenangi Kentucky! Terima kasih kepada semua orang yang hadir,” jelas Clinton.

Dengan 99.8 peratus dari kawasan Blue Grass melaporkan, Clinton mendahului Sanders dengan 46.8 peratus berbanding 46.3 peratus, margin kurang dari 2,000 undian.

Jika keputusan itu bertahan, kemenangan itu akan menjejaskan momentum Sanders dan membantu Clinton menghampiri pencalonan presiden Demokratik.

Bernie Sanders ketika mengadakan kempennya. – AFP
Bernie Sanders ketika mengadakan kempennya. – AFP

Tetapi kemenangan psikologi adalah sementara.

Setengah jam selepas undian di tutup di Oregon, rangkaian–rangkaian AS menjelaskan Sanders menang di sana, yang sebahagian besarnya Clinton 53 peratus berbanding 47 peratus. “Kita baru saja memenangi Oregon, dan kita akan memenangi California,” Sanders memberitahu beribu penyokong di Carson, California ketika dia diramalkan pemenang dalam negeri terbesar itu, yang mengundi pada 7 Jun.

Sanders, seorang sosialis demokratik, mengisytiharkan dia tidak akan disingkirkan dari persaingan itu dengan kemenangan tipis Clinton.

“Ia jelas malam ini, bahawa kita tidak akan berakhir dengan sekitar setengah perwakilan” di Kentucky, Sanders memberitahu rapat.

“Biar saya jelaskan…kita masih berada dalam undian terakhir,” katanya kepada orang ramai.

Clinton mendahului dalam semua perkiraan perwakilan kebangsaan yang penting dan menghampiri bagi merebut jawatan presiden dalam pilihan raya 8 November biarpun beberapa kekalahannya baru–baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA