Beroperasi waktu larangan

Beroperasi waktu larangan

Oleh James Kon

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Tiga buah premis makanan di kawasan Batu Satu hari ini dikeluarkan notis amaran kerana menghidangkan makanan kepada orang ramai dalam tempoh larangan berniaga selama dua jam untuk sembahyang Jumaat yang dikuatkuasakan di negara ini.

Pegawai Unit Penguat kuasa Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan dalam Operasi ‘Nahi Mungkar’ mengeluarkan amaran itu kepada ketiga-tiga premis makanan itu yang sepatutnya menutup perniagaan mereka bermula jam 12 tengah hari sehingga 2 petang, sebagai sebahagian daripada usaha menghormati sembahyang Jumaat yang dilaksanakan semenjak November 2012.

Restoran terbabit terdiri daripada dua buah restoran Cina dan sebuah restoran India yang menghidangkan makanan melepasi jam 12:15 tengah hari dan sebuah restoran dikatakan menutup pintu depannya namun pintu belakang dibuka untuk membolehkan pelanggan memasukinya.

Unit Penguat kuasa Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan mengingatkan premis makanan tempatan agar mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini. Bagi premis makanan yang dikeluarkan notis muktamad, lesen perniagaan mereka juga boleh ditarik balik.

Salah sebuah restoran membuka pintu sisi untuk pelanggan masuk ke kawasan dapur dan tempat makan manakala pintu hadapan ditutup.
Salah sebuah restoran membuka pintu sisi untuk pelanggan masuk ke kawasan dapur dan tempat makan manakala pintu hadapan ditutup.

ARTIKEL YANG SAMA