Berpeluang asah kemahiran fotografi

Berpeluang asah kemahiran fotografi

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Awang Mohd Hariri bin Mohamad memenangi pakej pelancongan ke Jepun dengan semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya untuk menghadiri Bengkel Klinik Foto di sana apabila tiga gambarnya berjaya menambat hati barisan juri untuk menjadi pemenang utama Pertandingan Canon PhotoMarathon Brunei 2015 ke-5.

Penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Hotel Star Lodge, Jerudong, petang tadi, telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Urusan Interhouse Company, Vincent Goh.

Penyertaan bagi pertandingan berkenaan dibahagikan kepada tiga tema iaitu tema A (Mood) yang dimenangi oleh Benyamin bin Sanai diikuti oleh Roderick Portillo di tempat kedua dan Joseph Lim menduduki tempat ketiga.

Tema B (Behind The Scene) pula telah dimenangi oleh Awang Mohd Hariri manakala Adam Hague dan Rommel Oliveros masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Manakala itu, tema C (Lifestyle), tempat pertama disandang oleh Awang Safwan bin Sulaiman, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Awang Muhammad Hafriz bin Haji Mohd Zaini dan Awang Mohd Hariri.

Awang Mohd Hariri menerima hadiah kemenangan utama bagi Pertandingan Canon PhotoMarathon Brunei 2015 ke-5.
Awang Mohd Hariri menerima hadiah kemenangan utama bagi Pertandingan Canon PhotoMarathon Brunei 2015 ke-5.
: Gambar ramai pemenang.
: Gambar ramai pemenang.
Para peserta pertandingan bergambar ramai.
Para peserta pertandingan bergambar ramai.

Tiga tema berkenaan hanya diberikan pada hari pertandingan bermula dan setiap gambar yang dihantar adalah tanpa suntingan dan sentuhan menggunakan komputer.

Para pemenang tempat pertama bagi setiap tema masing-masing membawa pulang kit lensa EOS7D EFS18-135mm.

Lebih 350 orang telah menyertai pertandingan kali ke-5 ini yang bertujuan untuk memupuk bakat-bakat kreatif jurugambar tempatan dalam mengambil gambar-gambar yang menarik mengikut tema yang disediakan dengan menggunakan kamera digital.

Juri-juri yang menghakimi pertandingan tahun ini ialah Ong Heng Seng, Haji Haranadi, Rudolf, Wan Zainal Abidin Shazali dan Vincent Goh.