Berpeluang solat Tarawih dengan imam Mesir

Berpeluang solat Tarawih dengan imam Mesir

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 23 Jun – Penduduk Daerah Tutong semalam, berpeluang bersolat sunat Tarawih berjemaah dengan diimamkan oleh seorang imam dari Mesir, yang dijemput oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi mengimamkan solat sunat Tarawih di beberapa buah masjid di negara ini.

Malam tadi, Syeikh Ahmed Mohammed Elhadi Mohamed Mansour yang akan berada di negara ini selama 13 hari, telah mengimamkan solat di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong. Salah seorang jemaah di sana berkata, mereka terpegun dengan bacaan surah-surah yang dibaca imam berkenaan dengan suaranya yang merdu dan juga membuatkan mereka seperti bersembahyang di negara lain.

Manakala pada hari ini, beliau menjadi imam di Masjid Perpindahan Lambak Kanan dan esok (24 Jun) di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong.

Syeikh Ahmed Mohammed Elhadi Mohamed Mansour semasa menjadi imam di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, semalam.
Syeikh Ahmed Mohammed Elhadi Mohamed Mansour semasa menjadi imam di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, semalam.

Pada 25 Jun pula, beliau akan berada di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait, 26 Jun di Masjid Lambak Berakas, 27 Jun di Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak, 28 Jun di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis/Madang, 29 Jun di Masjid Setia Ali di Pekan Muara, 30 Jun di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Kampung Mulaut dan akhir sekali di Masjid Ash-Shaliheen pada 1 Julai depan.

ARTIKEL YANG SAMA