Berpeluang terbang ke negara China

Berpeluang terbang ke negara China

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Kok Wei Chung hari ini terpilih sebagai pemenang utama Cabutan Bertuah Ulang Tahun Bilik Pameran Azutech ke-4, yang diadakan pada September lalu, sekali gus melayakkannya memenangi pakej percutian empat hari tiga malam untuk dua orang ke Shanghai, China, termasuk tiket penerbangan dan penginapan.

Pemenang tempat kedua yang membawa hadiah berupa mesin kopi CBTL dimenangi oleh Panacom Sdn Bhd manakala hadiah ketiga iaitu makan malam untuk dua orang di Restoran Senja menjadi milik Dayangku Zayaliyana binti Yamin.

Cabutan bertuah itu dilakukan oleh Pengarah Azutech Sdn Bhd, Haji Matussin bin Haji Ahmad, yang kemudiannya turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Haji Matussin menyampaikan hadiah utama kepada pemenang bertuah Kok Wei Chung.
Haji Matussin menyampaikan hadiah utama kepada pemenang bertuah Kok Wei Chung.

ARTIKEL YANG SAMA