Berpeluang tunaikan Umrah

Berpeluang tunaikan Umrah

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Datin Hajah Salmah binti Haji Mohd Hussein berpeluang mengerjakan umrah apabila dipilih sebagai pemenang utama dalam cabutan bertuah sempena Promosi Bufet Sungkai di Rizqun Coffee House yang berlangsung sepanjang Ramadan lalu.

Penyampaian hadiah berupa tiket umrah untuk dua orang bernilai $3,780 itu telah diadakan di Rizqun Coffee House, The Mall, Gadong, hari ini.

Datin Hajah Salmah yang hadir bersama suaminya ketika menerima Tiket Umrah melahirkan perasaan tidak sangka untuk memenangi cabutan bertuah berkenaan.

“Memang sangat gembira kerana dengan hanya berbelanja tidak sampai $60, saya dan suami saya berpeluang untuk menunaikan ibadat Umrah yang bernilai $3,780,” ujarnya semasa ditemui pihak Media Permata.

Datin Hajah Salmah bersama suaminya telah memenangi tiket umrah bernilai $3,780.
Datin Hajah Salmah bersama suaminya telah memenangi tiket umrah bernilai $3,780.

Menurutnya, beliau yang berumur 72 tahun, juga akan membawa salah seorang cucu untuk menemani mereka suami isteri ketika berada di Arab Saudi nanti.

Cabutan bertuah ini merupakan kali kelima diadakan oleh Hotel Antarabangsa Rizqun sempena dengan Promosi Sungkai Buffet Dinner di Rizqun Coffee House, dan seperti tahun-tahun yang lepas, mereka menyediakan tiket umrah sebagai hadiah utama.

ARTIKEL YANG SAMA