Berpuasa mendidik jiwa menuju takwa

Berpuasa mendidik jiwa menuju takwa

Oleh Affno Hamid

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Masjid Perpindahan Lambak Kanan, baru-baru ini, telah mengadakan majlis ilmu bagi memeriahkan lagi suasana iktikaf di rumah Allah atau masjid dalam bulan suci Ramadan.

Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid dan Ketua Imam Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Haji Khairul bin Haji Mohd Yusof dan Haji Abdul Malik.

Majlis yang diadakan selepas solat Jumaat itu diisi dengan ceramah mengenai Ramadan yang disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Pensyarah Kanan Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Dr Haji Gamal Abdul Nasir bin Haji Zakaria.

Dalam ceramahnya, beliau menekankan perihal ‘takwa’ yang menjadi natijah atau hasil daripada jiwa yang taat mematuhi perintah Allah Subhanahu Wata’ala terutamanya ibadah puasa dalam bulan suci Ramadan yang penuh rahmat dan berkat.

Gambar ramai bersama Dr Haji Gamal Abdul Nasir.
Gambar ramai bersama Dr Haji Gamal Abdul Nasir.

Menurut beliau, berpuasa dapat mendidik jiwa untuk tunduk menahan nafsu terutama nafsu makan dan minum yang mana jika di luar bulan Ramadan, ia bermaharajalela bila-bila masa sahaja.

Beliau juga menyentuh mengenai sikap yang harus dimiliki oleh individu Muslim agar sentiasa menanamkan keazaman yang kuat bagi melaksanakan sebarang ibadah dalam Ramadan tahun ini dengan sebaik-baiknya dan jangan berharap menunggu Ramadan yang akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA