Berpuluh cedera kemalangan feri

Berpuluh cedera kemalangan feri

SENGGIGI, Indonesia, 7 Jun (AFP) – Berpuluh pelancong cedera apabila letupan kecil menimpa sebuah feri yang menyeberangi di antara pulau Indonesia Bali dan Lombok, kata pegawai semalam.

Letupan kemungkinan besar datang daripada tangki minyak feri, yang sedang membawa 129 penumpang, kebanyakan mereka pelancong.

Bot itu telah menamatkan kira-kira satu pertiga daripada perjalanannya ke pulau peranginan Bali dari Senggigi di Lombok apabila letupan berlaku pada petang Jumaat.

Di antara mereka yang cedera adalah penumpang dari Australia, Perancis, Itali, AS, UK dan New Zealand.

“Tidak ada sesiapa yang mengalami kecederaan serius. Kebanyakan daripada 25 pesakit mengalami kecederaan kecil daripada impak letupan,” kata seorang pegawai di hospital Nusa Tenggara Barat, Oxy Cahyo Wahyuni.

Para penyelamat mengangkat pelancong warga asing yang cedera di nahas tersebut. – AFP
Para penyelamat mengangkat pelancong warga asing yang cedera di nahas tersebut. – AFP

Dua letupan melanda kapal 30 minit selepas ia bertolak dari Senggigi dengan letupan kedua memecah tingkap dan terkena penumpang,” kata pegawai polis tempatan Khoirul Anwar.

“Kami mengesyaki letupan datang daripada tangki minyak,” kata Anwar.

Polis tempatan sedang menyiasat untuk mencari punca kejadian, tambah beliau.