Bersahabat de...

Bersahabat dengan ikan selama hampir 25 tahun

TELUK Tateyama di wilayah Chiba, Jepun adalah tempat pertemuan dua sahabat yang unik – iaitu seorang penyelam tempatan Hiroyuki Arakawa dan ikan sheepshead wrasse Asia dengan nama Yoriko. Pasangan itu bertemu 25 tahun yang lalu dan telah berjumpa dan melawat antara satu sama lain sejak itu.

Arakawa telah mencari makam bawah air Shinto yang terletak di Teluk Tateyama selama lebih suku abad, juga menjadi pemandu pelancong yang ingin melawat di sana. Pada masa itu, dia telah menjadi rapat dengan ikan gergasi yang mesra yang datang untuk menyambut beliau apabila Hiroyuki memanggilnya.

Apa yang dia telah lakukan adalah memanggilnya – dengan mengetuk dengan tukul besi di atas sekeping logam – dan ikan itu pun muncul. Mereka telah berkawan hampir 25 tahun sekarang, dan Hiroyuki pun menamakan ikan tersebut dengan nama Yoriko.

Sebahagian pelancong menginginkan sesi menyelam dengan hanya melihat keakraban kedua-dua sahabat itu.
Sebahagian pelancong menginginkan sesi menyelam dengan hanya melihat keakraban kedua-dua sahabat itu.
Dua sahabat iaitu Hiroyuki Arakawa dan Yoriko kelihatan bersama.
Dua sahabat iaitu Hiroyuki Arakawa dan Yoriko kelihatan bersama.
Kedua sahabat itu telah menjalin persahabatan hampir 25 tahun.
Kedua sahabat itu telah menjalin persahabatan hampir 25 tahun.

Hiroyuki, seorang pengurus sebuah kedai menyelam tempatan, telah mendokumenkan persahabatan dengan ikan wrasse sheepshead Asia di Facebook. Yoriko muncul dalam setiap gambar yang diambilnya berhampiran makam Shinto itu dengan pengawasan penyelam, dan kadang-kadang menunjukkan gayanya di depan kamera. Hubungan mereka telah menjadi tarikan pelancong itu sendiri, dengan orang ramai mahukan sesi menyelam dengan hanya melihat kedua-dua sahabat itu dengan berinterkasi dan bermain bersama.

Mereka mengatakan bahawa ikan tidak mempunyai perasaan, tetapi buat Hiroyuki Arakawa, beliau merasakan sebaliknya.

ARTIKEL YANG SAMA