‘Bersahur bersama keluarga mualaf’

‘Bersahur bersama keluarga mualaf’

Oleh Ampuan Irma Susanti

 

TEMBURONG, 29 Jun – Sebagai sebahagian daripada Program Ramadan Penerangan, Jabatan Penerangan, baru-baru ini, telah mengadakan aktiviti ‘Bersahur bersama keluarga mualaf’ di Kampung Negalang Unat, Temburong.

Mualaf yang dipilih bagi aktiviti itu ialah PW1(b) Mohd Amirul Afif bin Abdul Rahman Tagal, yang merupakan bekas anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan telah memeluk agama Islam pada tahun 2003.

Menerusi aktiviti itu, Jabatan Penerangan turut menghulurkan sumbangan keperluan asasi yang telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar.

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah, Awang Azman bin Haji Abdul Rahim serta para pegawai Jabatan Penerangan.

Saudara baru dan keluarga bergambar ramai bersama Hajah Noorashidah serta pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan selepas bersahur.
Saudara baru dan keluarga bergambar ramai bersama Hajah Noorashidah serta pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan selepas bersahur.

Aktiviti ini diadakan bagi menyampaikan mesej Islam serta pelbagai maklumat lain yang dapat memberikan kesedaran dan pengajaran khasnya dalam meningkatkan penghayatan menjalani ibadah, serta berbuat amal kebajikan dalam bulan Ramadan.

ARTIKEL YANG SAMA