Bersaing di New Zealand

Bersaing di New Zealand

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Lapan pemain boling padang negara yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan memulakan cabaran mereka dalam Kejohanan Boling Padang Dunia di Christchurch, New Zealand bermula hari ini hingga 11 Disember nanti.

Pasukan lelaki negara disertai oleh Abdul Rahman Haji Omar, Haji Naim Brahim, Mohd Ali Bujang, Pengiran Mohd Salleh bin Pengiran Chuchu dan Huziami Salleh yang akan menyertai kategori perseorangan, triples dan fours, manakala pasukan wanita negara diwakili oleh Dayangku Nurul Nabilah PHMSC, Hajah Amalia Haji Metali dan Esmawandy Brahim yang akan menyertai acara perseorangan dan triples di bawah bimbingan jurulatih Israt Amiruddin.

Beberapa acara telah dipertandingkan pada hari pertama yang melibatkan pemain negara antaranya dalam acara wanita menyaksikan perseorangan negara menang ke atas pasukan England dan Afrika Selatan, namun tewas di tangan pemain daripada Norfolk Island sementara Triples Lelaki turut mencatatkan dua kemenangan ke atas Zimbabwe dan Afrika Selatan sebelum tewas di tangan Scotland.

Salah seorang atlet negara, Hajah Amalia ketika dihubungi menyatakan rasa bangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemain perseorangan wanita negara Dayangku Nurul Nabilah ketika berdepan pemain pasukan England dan Afrika Selatan meskipun terpaksa menerima tentangan hebat daripada pemain Norfolk Island.

Pasukan boling padang negara yang kini berada di New Zeland bagi saingan Kejohanan Boling Padang Dunia.
Pasukan boling padang negara yang kini berada di New Zeland bagi saingan Kejohanan Boling Padang Dunia.

“Beliau masih mempunyai peluang besar untuk mara ke suku akhir jika kekal konsisten dan fokus kepada kejohanan meskipun keadaan lebih mencabar dengan angin dan cuaca sejuk di New Zealand berbanding di Australia baru-baru ini,” ujarnya lagi.

Hajah Amalia akan digandingkan bersama Dayangku Nurul Nabilah dan Esmawandy Brahim dalam acara Ladies Triples Wanita yang bakal berlangsung 6 Disember ini nanti.

Seorang lagi atlet boling padang negara yang bakal menyertai acara Triples Lelaki iaitu Abdul Rahman berasa optimis akan penyertaan kali ini dan beliau bersama rakan sepasukannya bersedia untuk menentang pasukan Sepanyol, Nieu dan Norfolk Island esok.

Apabila ditanya mengenai peluang negara di sana, Abdul Rahman menjelaskan, “Peluang sebenarnya masih lah lagi 50/50 disebabkan faktor persekitaran dan saya juga mendengar banyak pasukan lain turut berhadapan cabaran yang sama dan ia adalah kelebihan jika kita berjaya mengawal mentaliti dan sasaran pasukan.

ARTIKEL YANG SAMA