Bersalah bawa masuk remaja

Bersalah bawa masuk remaja

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Seorang lelaki warga Malaysia yang mengaku salah kerana bersubahat untuk membawa masuk seorang remaja perempuan ke Brunei tanpa dokumen perjalanan yang sah dijatuhi hukuman dua tahun penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Mun Anak Unggie, 36, yang didakwa membawa masuk remaja berusia 16 tahun itu ke negara ini dengan menggunakan pasport milik orang lain, pada 23 November 2016.

Tertuduh dan remaja itu memasuki negara ini melalui Pos Kawalan Imigresen Labu dari Sabah dan berjaya melepasi kaunter ketibaan.

Perbuatan tertuduh bagaimanapun dikesan oleh pegawai imigresen yang bertugas di kaunter pelepasan Pos Kawalan Sungai Tujoh yang curiga melihat remaja itu berbaring tidur sambil memakai kaca mata hitam.

Pegawai imigresen terbabit mengarahkan remaja itu untuk membuka kaca matanya dan mendapati gambar pada pasport itu berbeza dengan muka remaja itu.

Tertuduh mengaku bersubahat dengan remaja itu untuk menyediakan pasport milik orang lain untuk membolehkannya masuk ke negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA