Bersalah ceroboh masuk taman permainan Jerudong

Bersalah ceroboh masuk taman permainan Jerudong

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Dua lelaki tempatan, hari ini, dikenakan hukuman denda $500 setiap seorang selepas kedua-duanya mengaku bersalah kerana menceroboh masuk ke kawasan taman permainan Jerudong Park Country Club.

Mohammad Noorshah bin Haji Yahya, 37, dan Fazily bin Haji Muslim, 40, didakwa melakukan kesalahan itu pada 27 Ogos 2014 kira-kira jam 6:40 petang ketika taman permainan itu ditutup untuk kunjungan orang ramai.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli turut memerintahkan kedua-dua tertuduh untuk dipenjarakan selama sebulan jika gagal membayar denda.

Fazily diwakili oleh Peguam Sheikh Noordin manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Danial bin DSP Haji Kifrawi.

ARTIKEL YANG SAMA