Bersama banteras jenayah

Bersama banteras jenayah

TUTONG, 14 Ogos – Balai Polis Tutong dan Balai Polis Lamunin di bawah Daerah Polis Tutong, malam tadi, telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan yang bermula pukul 10 malam hingga 12 tengah malam.

Dalam rondaan itu, anggota Balai Polis Tutong mengadakan rondaan bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Telisai, yang turut disertai oleh Ketua Kampung Telisai, Awang Maidin bin Abdul Wahid.

Manakala itu, anggota Balai Polis Lamunin menjalankan rondaan bersama ahli-ahli Pegawai Kejiranan Kampung Layong dan Kampung Kiudang di bawah jagaan balai polis berkenaan. Hadir semasa rondaan tersebut ialah Pegawai Penguasa Balai Polis Lamunin, Inspektor Polis Mohd Adzimin bin Haji Ibrahim dan Ketua Kampung Layong, Haji Yakup bin Bakar.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, sepanjang rondaan tersebut tiada sebarang kegiatan yang mencurigakan didapati di kawasan mereka.

Antara ahli-ahli Pengawasan Kejiranan bersama anggota polis bagi Daerah Tutong ketika menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama.
Antara ahli-ahli Pengawasan Kejiranan bersama anggota polis bagi Daerah Tutong ketika menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama.

ARTIKEL YANG SAMA