Bersama cegah kegiatan jenayah

Bersama cegah kegiatan jenayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Balai Polis Limau Manis bersama Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Wasan, baru-baru ini, telah mengadakan rondaan pencegahan jenayah yang dijalankan di kawasan sekitar kampung berkenaan, di sini.

Mengetuai rondaan tersebut ialah Pemangku Pegawai Menguasa Balai Polis Limau Manis, Insp Haji Awang Mohd Shamsul Bahreen bin Mejar (B) Haji Awang Abu Bakar.

Turut menyertai rondaan tersebut ialah Ketua Kampung Wasan, Awang Mat Noor bin Ma’arof, ahli PK Kampung Wasan, anggota Daerah Polis Brunei dan Muara dan anggota Balai Polis Limau Manis.

Antara yang turut serta dalam rondaan tersebut.
Antara yang turut serta dalam rondaan tersebut.

Rondaan yang bermula dari 10 malam hingga 12:40 tengah malam menggunakan kenderaan polis itu menumpukan rondaan di kawasan jagaan ketua Kampung Wasan, kawasan ladang padi Kampung Wasan, bangunan kerajaan, seluruh kawasan di bawah Mukim Pengkalan Batu dan pemantauan di Pos Kawalan Bebuloh Ujong Jalan.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kesalahan yang melibatkan jenayah berlaku sepanjang rondaan tersebut.