Bersama cegah kegiatan jenayah

Bersama cegah kegiatan jenayah

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 13 Mac – Tiga orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Pandan B dan Mumong telah turut serta dalam rondaan cegah jenayah waktu siang bersama empat orang anggota Balai Polis Kuala Belait, diketuai oleh Sarjan Jailani bin Haji Johari bersama Kopral Mohd Jin bin Roesta dari Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Kuala Belait, baru-baru ini.

Rondaan dijalankan di sekitar kawasan Jalan Maulana hingga ke kawasan Kampung Mumong dan kawasan Perumahan Kampung Pandan.

Rondaan turut meliputi beberapa buah rumah kosong serta memeriksa ke atas rumah-rumah sewa pekerja asing.

Anggota rondaan membuat pemeriksaan ke atas salah sebuah rumah yang dikunjungi.
Anggota rondaan membuat pemeriksaan ke atas salah sebuah rumah yang dikunjungi.

Menurut pihak polis, rondaan tersebut adalah bagi memantau dan mencegah jenayah kes pecah rumah dan curi yang berlaku pada waktu siang hari, di mana beberapa kejadian kes curi telah didapati berlaku di rumah kosong dan juga di rumah sewa pekerja asing di siang hari.

Tidak ada sebarang kegiatan jenayah ditemui sepanjang operasi dijalankan dan operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Operasi rondaan berakhir pada jam 11 pagi.

ARTIKEL YANG SAMA