Bersama jaga keamanan kampung

Bersama jaga keamanan kampung

TEMBURONG, 18 Feb – Operasi pencegahan jenayah terus dilaksanakan oleh anggota Daerah Polis Temburong bersama lapan anggota gabungan Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bangar dan ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Labu Estet, malam kelmarin.

Operasi yang dimulakan sekitar jam 12 tengah malam itu diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Bangar, Penolong Penguasa Polis Pengiran Anak Haji Azanuddin Aman Shah bin Pengiran Anak Haji Ismail Al-Haj.

Juga ikut serta semasa operasi berkenaan ialah Ketua Kampung Labu Estet, Haji Sulaiman bin Haji Nasir, selaku Pengerusi PK Kampung Labu Estet.

Sepanjang operasi rondaan berjalan kaki dan menggunakan kenderaan di kawasan kejiranan kampung berkenaan yang berakhir kira-kira jam 2 pagi itu, tiada mendapati sebarang kesalahan atau kegiatan yang mencurigakan.

Anggota gabungan Unit PK Balai Polis Bangar dan ahli PK Kampung Labu Estet ketika mengadakan operasi di kampung berkenaan.
Anggota gabungan Unit PK Balai Polis Bangar dan ahli PK Kampung Labu Estet ketika mengadakan operasi di kampung berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA