Bersama jaga kebersihan tanah perkuburan

Bersama jaga kebersihan tanah perkuburan

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 25 April – Lebih 30 orang ahli Kumpulan Pendikir Asy Syuhada telah bergotong-royong melaksanakan kerja amal membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Tanjong, di sini, hari ini.

Kerja amal itu turut melibatkan kerjasama pegawai dan kakitangan Bahagian Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Jabatan Hal Ehwal Ugama, Daerah Belait

Turut hadir selaku tetamu kehormat dan bersama-sama melakukan kerja-kerja pembersihan ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Haji Asminan bin Haji Chuchu, serta Penolong Pengelola Tanah-tanah Perkuburan Islam Daerah Belait, Awang Mohd Ali bin Handidi.

Turut serta sama ialah ahli-ahli keluarga Kumpulan Pendikir Asy Syuhada dan lainnya.

Kalangan ahli-ahli Kumpulan Pendikir Asy Syuhada semasa melakukan kerja-kerja membersihkan kawasan tanah perkuburan.
Kalangan ahli-ahli Kumpulan Pendikir Asy Syuhada semasa melakukan kerja-kerja membersihkan kawasan tanah perkuburan.
Gambar ramai bersama mereka yang terlibat dalam kempen tersebut.
Gambar ramai bersama mereka yang terlibat dalam kempen tersebut.

Menurut Dayang Zainah binti Haji Daud yang mengetuai rombongan kumpulan berkenaan, kerja amal itu antara lain bertujuan mengeratkan lagi tali silaturahim antara kalangan ahli-ahli kumpulan tersebut dan keluarga masing-masing serta bagi memupuk sifat kemesraan serta saling bantu-membantu dalam membuat kerja-kerja amal.

Selepas kerja-kerja pembersihan di kawasan tanah perkuburan tersebut, bacaan Tahlil dan Doa Arwah turut diadakan untuk mendoakan mereka yang telah pergi.

ARTIKEL YANG SAMA