Bersama jayakan Program Siuknya Sedekah

Bersama jayakan Program Siuknya Sedekah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 15 Nov – Kumpulan Belia Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong dan Persatuan Saudara-Saudara Baru Tutong (PESATU) akan mengadakan Program Siuknya Sedekah (#SiuknyaSedekah) selama tiga hari bermula 18 hingga 20 November, bertempat di Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan menyumbangkan barangan asasi dan barangan lain seperti beras, minyak makan, serbuk pencuci, mi kuning/putih (bukan mi segera), minuman sirap dan tepung.

Barangan sumbangan boleh diserahkan di Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong pada masa program itu dijalankan bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Hasil sumbangan daripada orang ramai itu nanti akan diserahkan kepada masyarakat yang memerlukan dan kurang berkemampuan.

Program Siuknya Sedekah antara lain bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan di samping memupuk belia-belia masjid agar dapat bekerjasama dan membantu masyarakat yang memerlukan.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program itu, bolehlah hubungi ahli jawatankuasa Program #SiuknyaSedekah di talian 8697657 dan 8766884.

ARTIKEL YANG SAMA