Bersama lindungi kejiranan

Bersama lindungi kejiranan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 11 Mac – Anggota Balai Polis Sungai Liang dan Polis Keselamatan Padang Minyak LNG, malam tadi telah menjalankan Operasi Rondaan Pencegahan Jenayah bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Sungai Liang serta Pengawasan Kejiranan Kampung Lumut 1 di kawasan Mukim Liang, di sini.

Rondaan menggunakan kenderaan itu merangkumi sekitar kawasan Pantai Sungai Liang, Jalan Kampung Sungai Bakong, Jalan Kampung Sungai Taring, Jalan Pantai Lumut dan kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Sungai Liang, Inspektor Mohd Sofian bin Haji Kifli dan disertai oleh Pemangku Ketua Kampung Sungai Liang, Haji Ibrahim bin Dato Maharaja Setia Dian, turut membuat pemantauan ke atas rumah-rumah kosong di kawasan yang dironda.

Bagaimanapun, tiada kesalahan jenayah ditemui dalam operasi yang bermula pukul 11:20 malam dan berakhir 2 pagi tadi itu.

Antara yang terlibat menyertai Operasi Pencegahan Jenayah di Mukim Liang malam kelmarin.
Antara yang terlibat menyertai Operasi Pencegahan Jenayah di Mukim Liang malam kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA