Bersama lindungi kejiranan

Bersama lindungi kejiranan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Balai Polis Pusat kelmarin telah mengadakan rondaan pencegahan jenayah bersama Pengawasan Kejiranan Kampung Mata-Mata, Gadong.

Satu taklimat terlebih dahulu diadakan sebelum memulakan rondaan mengenai situasi jenayah di kampung tersebut di Balai Ibadat Kampung Mata-Mata.

Menurut kenyataan Balai Polis Pusat, rondaan turut disertai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan (BSB), Penolong Penguasa Haji Naguib bin Dato Paduka Haji ismail dan Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Pusat BSB, Inspektor Mohd Faizal Iswandy bin Ali Othman.

Gambar ramai para anggota polis dan penduduk kampung yang terlibat ketika rondaan tersebut.
Gambar ramai para anggota polis dan penduduk kampung yang terlibat ketika rondaan tersebut.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Mata-Mata, Haji Metali bin Haji Kamis bersama anggota polis dan ahli pengawasan kejiranan kampung tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang kejadian yang mencurigakan semasa rondaan pencegahan jenayah dijalankan di kawasan sepanjang Simpang 52, Simpang 804, Simpang 74 dan sepanjang rumah kontrek serta rumah Yayasan.

ARTIKEL YANG SAMA