Bersama memeduli kebajikan

Bersama memeduli kebajikan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Warga Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Bengkurong, hari ini, menerima sumbangan berupa minuman Yeo’s daripada Syarikat Yeo Hiang Seng Malaysia.

Menurut Syarikat Aiking Trading Sdn Bhd selaku pengedar minuman Yeo’s, sebanyak enam paket minuman Yeo’s Yogurt Drink diberikan kepada setiap warga Pusat Ehsan dengan jumlah keseluruhan 35 kotak minuman yeo’s disumbangkan ke pusat berkenaan.

Pusat Ehsan merupakan badan kebajikan bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan yang menyediakan pembelajaran khas, latihan, pemedulian dan perkhidmatan pemulihan anggota badan kepada insan-insan istimewa (kurang upaya atau berkeperluan khas) di negara ini.

Sumbangan yang diterima oleh Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.
Sumbangan yang diterima oleh Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

Ketika ini seramai 150 orang penuntut istimewa berdaftar di pusat berkenaan dan 50 lainnya di cawangan Kuala Belait.

Pusat ini juga sentiasa mengalu-alukan syarikat-syarikat persendirian dan orang ramai yang ingin menyumbangkan sebarang derma.

ARTIKEL YANG SAMA