Bersama memeriahkan Sambutan Hari Guru

Bersama memeriahkan Sambutan Hari Guru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Sekolah Rendah (SR) Jerudong, hari ini, telah mengadakan Sambutan Hari Guru yang telah berlangsung di Dewan Ceria, sekolah berkenaan.

Hadir bagi memeriahkan lagi acara yang dihadiri lebih 200 orang murid Tahun 1 sehingga 6 serta guru-guru sekolah berkenaan pagi tadi ialah Guru Besar SR Jerudong, Dayang Khadijah binti Haji Gapar.

Majlis telah diserikan dengan pelbagai persembahan termasuk nyanyian dan deklamasi sajak oleh murid-murid, selain itu, guru besar sekolah berkenaan turut menyampaikan hadiah bagi pertandingan peraduan melukis sempena Hari Guru.

Majlis seumpama itu merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah berkenaan untuk memperingati dan mengenang jasa pengorbanan guru-guru, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kasih sayang antara para guru dan pelajar.

Murid-murid bergambar ramai
Murid-murid bergambar ramai
Salah satu persembahan murid-murid ketika acara itu dilangsungkan.
Salah satu persembahan murid-murid ketika acara itu dilangsungkan.