Bersangka baik ketika menghadapi ujian

Bersangka baik ketika menghadapi ujian

SURAH Al-Baqarah menerangkan manusia tidak akan terlepas daripada ujian hidup. Bagaimanapun ujian kehidupan membawa hikmah dan pengajaran tertentu jika manusia hadapinya dengan sabar.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam rancangan Islam Itu Indah berkongsi empat keadaan hidup manusia ketika membicarakan topik Saat Diri Diuji.

Kebaikan dikurniakan Allah SWT amat mahal harga dan nilainya. Janganlah dipandang remeh kerana Allah SWT tidak pernah melihat kebaikan itu sebagai satu yang terpinggir daripada hidup manusia.

Kebaikan sudah tentu membawa kebahagiaan, manakala keburukan membawa kepada dugaan, cabaran serta ujian.

Disebabkan ujian kehidupan membawa hikmah dan pengajaran tertentu, Ustaz Pahrol berkongsi empat keadaan hidup manusia ketika membicarakan topik ‘Saat Diri Diuji’.

Kita perlu tahu cara mendepaninya kerana selagi hidup, manusia tidak terlepas daripada ujian.
Kita perlu tahu cara mendepaninya kerana selagi hidup, manusia tidak terlepas daripada ujian.

Empat keadaan iaitu taat, maksiat, nikmat dan ujian musibah, semuanya perlu ditangani dengan baik untuk menyelamatkan manusia daripada kancah bahaya.
Empat keadaan iaitu taat, maksiat, nikmat dan ujian musibah, semuanya perlu ditangani dengan baik untuk menyelamatkan manusia daripada kancah bahaya.

Empat keadaan itu ialah taat, maksiat, nikmat dan ujian musibah yang semuanya perlu ditangani dengan baik untuk menyelamatkan manusia daripada kancah bahaya.

Kita perlu tahu cara mendepaninya kerana selagi hidup, manusia tidak terlepas daripada ujian. Kerap kalinya ujian dilihat sebagai masalah, tetapi Islam mentafsirkan masalah sebagai ujian.

Menghadapi ujian ibarat berada dalam dewan peperiksaan, kegagalan bukan disebabkan salah soalan tetapi jawapan salah yang diberi.

Jika ujian hidup dapat dilalui, Insya-Allah kita akan dapat kebaikan yang disediakan oleh Allah SWT iaitu mendapat amal terbaik.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi pelbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Tersemat hikmah

Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila menerima ujian adalah bersangka baik dengan Allah SWT. Apa juga takdir-Nya mengikut tauhid Islam, Allah SWT itu Maha Baik dan Maha Mengetahui tiap sesuatu yang berlaku terhadap kita.

Kebaikan Allah SWT tidak akan hilang walaupun Dia menguji manusia dengan seberat ujian.

Jika ujian hidup dapat dilalui, Insya-Allah kita akan dapat kebaikan yang disediakan oleh Allah SWT iaitu mendapat amal terbaik.
Jika ujian hidup dapat dilalui, Insya-Allah kita akan dapat kebaikan yang disediakan oleh Allah SWT iaitu mendapat amal terbaik.

Walaupun ujian dilalui dalam tangisan, letakkan akal fikiran dan tanggapan kepada kebaikan kerana setiap ujian tersemat hikmah serta kasih sayang Allah SWT.

Untuk bersangka baik pertamanya lihat nikmat dan rahmat yang Allah SWT berikan selama ini. Allah SWT tidak pernah zalim kepada hamba-Nya. Jika selama ini nikmat berpanjangan daripada Allah SWT terus diperoleh, pastinya ujian itu mempunyai kebaikan.

Ujian sebalik nikmat

Ertinya, selama hidup membawa usia mencecah dewasa sehingga hari ini, Allah SWT memberi iman, rezeki, udara untuk bernafas, nikmat Islam dan bermacam lagi kurniaan-Nya.

Di celah limpahan itu, semestinya tersemat ujian pedih untuk kita mengambil iktibar. Allah SWT memberikan sesuatu takdir yang tidak dapat dijangka, manusia sendiri tidak mampu mengetahui apa terjadi di sebalik mahupun di penghujung ujian itu.

Contohnya, Allah SWT memberi sakit di kala kita menjaga kesihatan dengan sempurna. Pastinya kita mempersoalkan ujian kesakitan itu dan secara tidak langsung hati akan terus mengingati Allah SWT dan berdoa kepada-Nya supaya diberi kesembuhan.

Allah SWT menjadikan sakit penyebab untuk manusia mengingati-Nya dan mengharap kepada-Nya. Waktu itu jugalah kita akan muhasabah diri dan secara tidak langsung kembali kepada fitrah asal iaitu berpaut pada tali Allah SWT.

ARTIKEL YANG SAMA