‘Bersatu’ beri bantuan kemanusiaan

‘Bersatu’ beri bantuan kemanusiaan

JAKARTA, 17 Sept – Selepas tsunami Laut Hindi pada tahun 2004 dan Puting Beliung Nargis di Myanmar pada tahun 2008, bantuan antarabangsa mencurah masuk ke Asia Tenggara, tetapi dalam kedua-dua bencana, badan serantau ASEAN 10 negara jelas tidak hadir, kata pakar bencana Arnel Capili.

“Itu adalah peristiwa sangat besar yang benar-benar menjejaskan kerajaan negara-negara anggota itu. Persoalan ialah, di mana ASEAN?” Capili berkata tentang Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara.

“Para pemimpin bercakap tentangnya, dan mereka berkata “Kita mesti mempunyai cara untuk membantu antara satu sama lain. Kita adalah bersaudara. Kita berjiran.”

Hasilnya adalah pembentukan sebuah jawatankuasa kakitangan bencana kebangsaan yang pada tahun 2011 menubuhkan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan atau Pusat AHA.

Kesemua negara ASEAN – Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos,Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam – adalah anggota.

Didiami oleh lebih 600 juta orang, Asia Tenggara adalah rantau yang paling cenderung dilanda bencana di dunia, dengan mengalami gempa bumi dan banjir yang sentiasa melanda dan taufan. Mengikut kiraan PBB lebih 500 bencana alam dari 2004 hingga 2013 yang telah mengorbankan lebih 350,000 orang.

Pusat AHA merupakan kesedaran meningkat bahawa rantau itu –yang telah menyaksikan peningkatan pesat ekonomi dalam tempoh dekad lalu dan mempunyai gabungan Penghasilan Kasar Domestik (GDP) $2.5 trilion – mesti membantu dirinya sendiri.

Tetapi ASEAN kedekut dalam membiayai pasukan tindak balas bencananya sendiri dan 22 kakitangan begitu bergantung pada bantuan asing, menurut Capili yang pernah bekerja di pejabat bencana kebangsaan Filipina.

Sumbangan mandatori tahunan dari setiap negara ASEAN ialah $30,000 – sejumlah $300,000, kurang sepertiga belanjawan tahunan Pusat AHA yang kira-kira $1 juta.

“Malangnya, bantuan Australia akan berakhir pada bulan Jun 2016 dengan itu kita benar-benar perlu membayar bil dan cuba mendapatkan negara-negara anggota lebih komited lagi,” katanya lagi. – (Yayasan Thomas Reuters)