Bersatu capai kerjasama efektif

Bersatu capai kerjasama efektif

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Kementerian Pertahanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Dengan matlamat untuk mempromosikan dan mencapai kerjasama yang efektif di antara angkatan pertahanan ASEAN dalam bidang-bidang yang berkepentingan bersama, Latihan Atas Meja (Table Top Exercise) Rangka Kerja Bantuan Logistik Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) telah diadakan di Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kampung Tanah Jambu, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, latihan selama dua hari itu dirasmikan oleh Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

Latihan tersebut dipengerusikan oleh Pengarah Logistik, Kapten Hussein bin Dato Paduka Haji Mohammad, Tentera Laut Diraja Brunei dan Pemangku Pengarah Dasar Pertahanan, Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud.

Menurut kenyataan itu lagi, latihan juga disertai oleh pakar-pakar logistik dari negara-negara anggota ASEAN serta wakil-wakil dari Sekretariat ASEAN dan Pusat Koordinasi ASEAN Pengurusan Bencana bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA Centre).

Antara yang hadir.
Antara yang hadir.

ARTIKEL YANG SAMA