Bersatu di Verdun

Bersatu di Verdun

VERDUN, Perancis, 29 Mei – Presiden Perancis, Francois Hollande dan Canselor Jerman, Angela Merkel bersama-sama meraikan ulang tahun ke-100 Verdun, salah satu pertempuran Perang Dunia Pertama paling berdarah.

Pertempuran di timur laut Perancis adalah Perang Dunia Pertama paling lama, berakhir 300 hari, dan mengorbankan lebih 300,000 jiwa sebelum Perancis mengumumkan kemenangannya.

Verdun kini dilihat sebagai simbol penting bagi perdamaian semula Perancis dan Jerman dan Hollande dan Merkel dijangka akan menarik Eropah untuk bersatu bagi berdepan dengan pesaingnya masa ini.

Di bawah hujan berterusan, para pemimpin mula memperingati dengan meletakkan lingkaran bunga pada pusara tentera Jerman di Consenvoye, hanya utara Verdun.

Kedua-duanya melintasi antara barisan pusara dengan nama-nama yang terkorban dilakar di bawah bukit pusara tempat 11,000 tentera Jerman disemadikan.

Francois Hollande (kiri) dan Angela Merkel ketika memberi penghormatan di pusara tentera Jerman di Consenvoye. – AFP
Francois Hollande (kiri) dan Angela Merkel ketika memberi penghormatan di pusara tentera Jerman di Consenvoye. – AFP

Dengan mengunjungi pusara Jerman, Hollande dan Merkel mengikuti jejak langkah mantan sebelumnya, Francois Mitterrand dan Helmut Kohl.

Apabila Mitterrand dan Kohl berpegang tangan di sana semasa lagu kebangsaan Perancis dimainkan pada 1984, ia menggariskan bagaimana rapatnya hubungan tersebut antara dua buah negara yang dulunya bermusuhan namun kini sering digambarkan sebagai motor berkembar bagi Kesatuan Eropah.

“Diundang pada majlis memperingati ini menunjukkan takat kepada hubungan antara Perancis dan Jerman adalah baik hari ini,” kata Merkel menjelang majlis itu.

Kedua-dua pemimpin dijangka akan menggunakan hari peringatan itu bagi menekankan keperluan perpaduan pada ketikanya EU di bawah tekanan dari kemasukan ramai para penghijrah dan kemungkinan Brexit.

Semasa jamuan tengah hari, kedua-dua pemimpin akan membincangkan krisis yang disebabkan ratusan ribu penghijrah dan pelarian yang mendapatkan perlindungan di Eropah dan referendum 23 Jun di Britain sama ada atau tidak untuk keluar daripada EU.

Kedua-duanya kemudian akan menghadiri majlis peringatan di osuari Douaumont, tempat persemadian 130,000 askar, Perancis dan Jerman. – AFP