Bersatu perangi jenayah – Steinmeier

Bersatu perangi jenayah – Steinmeier

MEXICO CITY, 5 Jun – Menteri luar Mexico, Walter Steinmeier semasa lawatan ke Mexico kelmarin menggesa negara-negara di Amerika Tengah supaya melibatkan diri dalam lebih banyak kerjasama rentas sempadan untuk memerangi jenayah.

Bercakap semasa lawatan ke rumah pelarian di Mexico City, Steinmeier berkata “usaha bersama yang besar” diperlukan di rantau ini untuk menangani krisis penghijrahan di rantau ini.

“Ramai penduduk di sini jelas dan hanya melarikan diri daripada keganasan di negara asal mereka,” katanya.

Steinmeier (kanan) semasa menghadiri penghormatan kepada mangsa-mangsa bekas diktator Argentina (1976-1983) di ‘Parque de la Memoria’ (Remembrance Park) di Buenos Aires pada 3 Jun lalu. - AFP
Steinmeier (kanan) semasa menghadiri penghormatan kepada mangsa-mangsa bekas diktator Argentina (1976-1983) di ‘Parque de la Memoria’ (Remembrance Park) di Buenos Aires pada 3 Jun lalu. – AFP

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNHCR menganggarkan bahawa akan ada sehingga 400,000 pelarian di Mexico pada tahun ini, sebahagian besar daripada mereka dari Honduras, El Salvador dan Guatemala, di mana jenayah terancang telah meningkat secara mendadak pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Ramai daripada mereka – tetapi tidak semua – mahu terus ke Amerika Syarikat.

Lawatan Steinmeier ke Mexico adalah negara kedua dalam lawatan ke benua Amerika yang bermula di Argentina. – AFP