Bersatu protes pembunuhan Hazara

Bersatu protes pembunuhan Hazara

KABUL, 12 Nov (AP) – Kira-kira 10,000 orang berarak di Kabul semalam membawa keranda tujuh etnik Hazara yang diculik dan dipenggal dalam protes yang mendesak kerajaan baru ditubuhkan bagi menjamin keselamatan di negara itu.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk dengan gambar mangsa – termasuk budak perempuan berusia sembilan tahun – berhimpun di luar Istana Presiden selain mengusung keranda mangsa sambil melaungkan ‘Hapuskan Taliban!’

Mereka mendesak Presiden Ashraf Ghani serta Ketua Eksekutif Abdullah meletak jawatan.

Empat lelaki, dua wanita dan budak itu ditemui dengan kepala dipenggal Sabtu lalu di wilayah Zabul, tenggara negara itu, enam bulan selepas diculik. Golongan Hazara lazimnya berfahaman Syiah.

Warga Afghanistan berarak semasa menyertai demonstrasi mengutuk pembunuhan tujuh Syiah Hazara, di Jalalabad. – AFP
Warga Afghanistan berarak semasa menyertai demonstrasi mengutuk pembunuhan tujuh Syiah Hazara, di Jalalabad. – AFP

Ghazni enam bulan lalu. Agensi risikan Afghanistan menolak dakwaan Taliban bahawa sekutu kumpulan Negara Islam (IS) sebenarnya bertanggungjawab atas kejadian berkenaan.

Ketua majlis tempatan dikenali sebagai Habibullah berkata, demonstrasi itu membuktikan rakyat Afghanistan bersatu tidak kira fahaman dan bangsa etnik.

Sementara itu, pengawal presiden melepaskan tembakan untuk menyuraikan perhimpunan menyebabkan beberapa orang cedera selepas ada yang cuba memanjat tembok kediaman rasmi pemimpin itu.