Bersedia hadapi ‘kompromi sukar’ EU-IMF

Bersedia hadapi ‘kompromi sukar’ EU-IMF

BRUSSELS, 14 Jun (AFP) – Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras mengingatkan Greece semalam supaya bersedia menghadapi “kompromi sukar” dengan pemiutang EU-IMF tatkala penasihat paling rapatnya membentangkan satu cadangan terakhir untuk mengelak kegagalan membayar oleh Athens.

Greece sedang menerima tekanan besar untuk mencapai satu perjanjian untuk membuka dana jaminan keluar penting pada hari-hari akan datang, jika bukan jam, selepas pegawai zon euro berkata pada Jumaat mereka sedang bersiap sedia untuk menghadapi kegagalan membayar oleh Athens.

Duta Tsipras mengemukakan percubaan terbarunya untuk menamatkan perbalahan lima bulan dengan EU dan IMF, yang menuntut pembaharuan sebagai tukaran kepada pemberian 7.2 bilion euro yang masih tinggal dalam pakej menyelamat antarabangsanya kepada Athens.

“Jika kami mencapai satu perjanjian, walaupun jika ia adalah satu kompromi yang sukar, kami akan menerima cabaran itu disebabkan satu-satunya kriteria kami adalah keluar daripada krisis berkenaan,” Tsipras dipetik sebagai memberitahu pegawai Greece pada lewat Jumaat dalam satu kenyataan kerajaan.

Apa sahaja yang perlu dilakukan “perlu dilakukan dengan segera,” beritahu timbalan menteri kewangan Dmitris Mardas kepada Skai TV di Athens. Beliau meramalkan perjanjian akan dicapai.

Satu sumber Eropah yang rapat dengan rundingan memberitahu AFP bahawa mesyuarat sedang diadakan dengan resolusi “bersifat terbuka,” dan ia mungkin mengambil masa beberapa hari.

Terdapat tiga institusi di Greece yang bertanggungjawab menyelia jaminan keluar mereka, yang kedua sejak 2010: Suruhanjaya EU, Bank Pusat Eropah dan Tabung Mata Wang Antarabangsa. Tabung Mata Wang Antarabangsa adalah pemiutang Greece yang paling berjimat cermat.

Satu laporan media Jerman berkata “ketegangan” telah timbul di antara Suruhanjaya Eropah dan IMF dalam beberapa hari ini.

Memetik seorang “perunding” sebagai sumbernya, Frankfurter Allemeneine Zeitung berkata dalam edisinya hari ini bahawa IMF telah “mempercepat” satu percubaan oleh Presiden EC Jean-Claude Juncker baru-baru ini untuk menawarkan satu perjanjian yang dipersetujui untuk Athens.

ARTIKEL YANG SAMA