Bersedia untuk musim baru

Bersedia untuk musim baru

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mac – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri juga selaku Pengerusi DPMM FC, berkenan berangkat menyertai skuad dan pihak pengurusan kelab serta kakitangan bagi sesi bergambar rasmi untuk kelab berkenaan di Stadium Mini Jerudong, semalam.

Turut hadir bergambar bersama pasukan ialah Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim, yang juga selaku Naib Pengerusi DPMM FC.

Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota juga berkenan beramah mesra bersama para pemain DPMM FC dan ketua jurulatih pasukan, Steve Kean.

Untuk sesi bergambar rasmi pasukan, para pemain dilihat mengenakan kit baru merah dan hitam untuk musim baru bersama trofi Liga Singapura (Liga-S) dan empat bola Mitre yang merupakan bola rasmi kejohanan Liga-S 2016.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri juga selaku Pengerusi DPMM FC berkenan bergambar ramai bersama Skuad DPMM FC bagi sesi 2016 dan juga para pegawai pengurusan serta kakitangannya bagi gambar rasmi kelab di Stadium Mini Jerudong. – Gambar Infofoto

Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota berkenan beramah mesra bersama para pemain DPMM FC di Stadium Mini Jerudong kelmarin. – Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota berkenan beramah mesra bersama para pemain DPMM FC di Stadium Mini Jerudong kelmarin. – Infofoto

ARTIKEL YANG SAMA