Bersenam sambil beramal

Bersenam sambil beramal

TEMBURONG, 2 Mac – Lebih daripada 150 orang yang terdiri daripada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG), warga sekolah dan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, baru-baru ini, telah menyertai Walkaton Amal sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32.

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara yang diadakan di perkarangan sekolah tersebut ialah Guru Besar Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, Dayang Yusnani binti Ampuan Haji Yusof.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diikuti dengan senaman pemanasan badan sebelum walkaton bermula.

Tetamu kehormat kemudiannya melancarkan walkaton yang mengelilingi kawasan persekitaran Kampung Menengah sejauh 3 kilometer.

Para peserta melakukan pemanasan badan sebelum memulakan walkaton.
Para peserta melakukan pemanasan badan sebelum memulakan walkaton.

Walkaton Amal tersebut dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar dengan matlamat mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat bekerjasama di antara AJK PIBG dengan pentadbiran sekolah dan ibu bapa.

Ia juga bagi samasama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-32 serta menanam semangat patriotik kepada semua terutama kepada murid-murid sekolah sebagai generasi yang berwawasan sekali gus memberikan bantuan hasil daripada kutipan walkaton amal tersebut kepada keluarga warga sekolah yang memerlukan.

ARTIKEL YANG SAMA