Bersih kecam tindakan keras senyapkan penentang

Bersih kecam tindakan keras senyapkan penentang

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Nov – Sehari selepas satu perhimpunan besar-besaran antikerajaan yang dianjurkannya, kumpulan reformasi pilihan raya Malaysia, Bersih menyuarakan kebimbangan hari ini atas penangkapan pengerusi wanitanya di bawah undang-undang keselamatan yang diperuntukkan bagi pengganas dan penahanan berpuluh-puluh orang.

Polis mengatakan 15,500 pembantah berhimpun di jalan-jalan Kuala Lumpur semalam untuk menuntut peletakan jawatan Perdana menteri Najib Razak atas skandal kewangan. Bersih menganggarkan kehadiran seramai 120,000 orang.

Pegawai Bersih Wong Chin Huat mengatakan penahanan dan penangkapan pengerusi wanitanya Maria Chin tanpa bicara di bawah Akta Kesalahan Keselamatan adalah satu dendam dan bertujuan mendiamkan penentang.

“Tindakan keras itu menunjukkan Najib merasa tidak selamat. Ia adalah satu tanda panic,” Wong memberitahu The Associated Press hari ini. “Namun rakyat menghantar satu mesej jelas. Mereka mahukan reformasi dan mereka mahu Najib berundur.”

Polis menyerbu pejabat Bersih pada Jumaat dan menahan Chin untuk siasatan bagi ‘aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen.

Chin secara rasminya ditahan pada Sabtu di bawah undang-undang keselamatan dan boleh ditahan tanpa perbicaraan selama 28 hari. – AP

ARTIKEL YANG SAMA