Bersihkan kampung sempena Tahun Baru Hijrah

Bersihkan kampung sempena Tahun Baru Hijrah

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Okt – Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun hari ini mengadakan kempen kebersihan sempena Sambutan Awal Tahun 1438 Hijrah, bermula sejurus selepas Kuliah Subuh.

Semasa kempen berkenaan, para ahli jawatankuasa masjid serta penduduk Kampung Luas dan kampung sekitarnya mengutip sampah-sampah di sepanjang jalan Kampung Lupak Luas dan Jalan Lumapas, dengan matlamat menjadikan masjid dan kampung-kampung berdekatan sebagai tempat yang lebih bersih dengan mengambil berkat sempena dengan Tahun Baru Hijrah.

Aktiviti tersebut juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara AJK masjid dan penduduk-penduduk kampung sambil membersihkan kawasan-kawasan kampong.

Para penduduk kampung dan AJK masjid berkenaan  bekerjasama dalam mengutip sampah bagi membersihkan kawasan kampung.
Para penduduk kampung dan AJK masjid berkenaan bekerjasama dalam mengutip sampah bagi membersihkan kawasan kampung.