Bersihkan kawasan terlibat kebakaran

Bersihkan kawasan terlibat kebakaran

TEMBURONG, 20 Mac – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Menengah, hari ini, telah mengadakan kerja gotong-royong membersihkan dan merobohkan rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran pada 10 Februari yang lalu.

Turut sama memberikan bantuan ialah pegawai dan kakitangan dari Jabatan Daerah Temburong, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan juga penduduk Kampung Menengah.

Gotong-royong ini juga merupakan salah satu sumbangan dan bantuan MPK Menengah bagi meringankan beban keluarga Awang Bakir bin Haji Abdul Gapar yang pada masa ini tinggal sementara di rumah milik keluarga beliau.

Beliau berkesempatan menyampaikan ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberikan sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pihak swasta dan orang persendirian setelah musibah yang melanda keluarga beliau.

Serpihan-serpihan yang rosak dipunggah ke dalam trak.
Serpihan-serpihan yang rosak dipunggah ke dalam trak.