Bersihkan longkang, cegah banjir

Bersihkan longkang, cegah banjir

SAYA telah berjalan melalui Jalan Sengkurong ‘A’ (jalan untuk menuju ke Setenaga dan Klinik Sengkurong) dan saya dapati longkang-longkang di kiri jalan berkenaan ditumbuhi penuh dengan rumput rampai, sedangkan ia berdekatan dengan klinik, Rumah Autisme dan dua buah rumah kediaman yang dipercayai didiami oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Oleh kerana sekarang adalah ‘bulan monsun’ manakala hujan diramalkan turun pada setiap hari dan boleh menyebabkan berlaku banji kilat pada bila-bila masa saja.

Bagi mengelakkan banjir di kawasan ini maka perlu longkang-longkang berkenaan dibersihkan dengan segera. – Orang Kampung Selayun, Jalan Tutong

ARTIKEL YANG SAMA